Sunday, November 8, 2015

hubungan perapatan antara anak dengan bapa


Image result for hubungan kerapatan antara anak dengan bapak

FORUM 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua rakan pembaca blog saya. Saya berharap agar kalian baik-baik sahaja walaupun dimana sekalipun kalian berada. Pada kesempatan kali ini saya akan menjelaskan mengenai kesan dan masalah yang akan dihadapi oleh setiap orang kanak-kanak sekiranya mereka tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Dalam hal ini, hubungan anak dan bapa merupakan hubungan yang sangat penting. Hal ini demikian kerana pendidikan kanak-kanak haruslah bermula daripada keluarga sendiri terutamanya ketua keluarga iaitu bapa. Bapa memainkan peranan penting dalam mendidik, memberi kasih sayang, mencukupi kebajikan dan melindungi anak-anak mereka.

Antara masalah yang timbul sekiranya anak tidak rapat dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dengan bapa akan menyebabkan anak tidak dapat mengetahui pendedahan awal dalam pengurusan diri dan menyelesaikan masalah mereka.

Selain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi.

Seterusnya, hubungan yang renggang antara bapa dengan anak juga membuatkan kebajikan anak tidak dijaga dengan baik dan sempurna terutamanya tidak memahami keperluan anak dari segi keperluan harian seperti buku untuk belajar mahupun permainan untuk memenuhi masa lapang mereka atau menjaga makan minum serta kesihatan mereka sangat penting. Tanpa hubungan perapatan ini, kebajiakn kanak-kanak tidak dapat dipenuhi dengan baik.

Di samping itu, keselamatan kanak-kanak juga boleh terjejas sekiranya tiada hubungan perapatan antara anak dengan bapa. Hubungan anak dengan bapa yang tidak baik akan mengurangkan komunikasi antara anak dengan bapa. Hal ini akan menyebabkan bapa tidak peduli tentang keselamatan anak mereka. Oleh itu, bapa haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan anak-anak mereka.

Kesimpulannya, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa akan menimbulkan masalah yang besar kepada keluarga.



 








10 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kepada saudari Azlin. Disini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai forum anda. Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumussalam saudari Suriya,pada pendapat saya bapa memainkan peranan penting dalam mendidik, memberi kasih sayang, mencukupi kebajikan dan melindungi anak-anak mereka.Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dengan bapa akan menyebabkan anak tidak dapat mengetahui pendedahan awal dalam pengurusan diri dan menyelesaikan masalah mereka.Selain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi.Seterusnya, hubungan yang renggang antara bapa dengan anak juga membuatkan kebajikan anak tidak dijaga dengan baik dan sempurna terutamanya tidak memahami keperluan anak dari segi keperluan harian seperti buku untuk belajar mahupun permainan untuk memenuhi masa lapang mereka atau menjaga makan minum serta kesihatan mereka sangat penting. Tanpa hubungan perapatan ini, kebajiakn kanak-kanak tidak dapat dipenuhi dengan baik.Di samping itu, keselamatan kanak-kanak juga boleh terjejas sekiranya tiada hubungan perapatan antara anak dengan bapa. Hubungan anak dengan bapa yang tidak baik akan mengurangkan komunikasi antara anak dengan bapa. Hal ini akan menyebabkan bapa tidak peduli tentang keselamatan anak mereka. Oleh itu, bapa haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  4. Saya ingin berkongsikan sedikit pendapat saya mengenai blog anda. Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak. Hubungan emosi yang berbentuk kasih-sayang ini adalah berpanjangan dan kekal sepanjang hayat. Melalui interaksi dengan ibu bapa seterusnya dengan ahli keluarga, rakan-rakan, jiran-jiran, guru-guru dan masyarakat di sekeliling, gaya perapatan seseorang itu akan terbentuk. Komunikasi yang berkesan antara bapa dan anak adalah penting, bila tiadanya hubungan perapatan anak dan bapa mereka akan berkurangnya komunikasi. Bapa perlu meluangkan masa yang berkualiti bersama anak dengan melakukan aktiviti seperti bermain-main, bersiar-siar serta bersukan mengikut kesesuaian umur anaknya. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Saya Azlin Bekri ingin mengongsikan pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum....saya amat senang hati untuk berkongsi pendapat saya mengenai hubungan perapatan antara anak dan ayah bersama saudari. Setelah saya menghadam hujah saudari, saya bersetuju bahawa hubungan perapatan antara anak dan ayah adalah sangat penting dalam membina institusi keluarga yang baik. Sebagaimana yang kita pelajari, menurut Ekologi Bronfenbenner dimana beliau menyatakan bahawa ibu bapa, keluarga serta jiran adalah mikrosistem yang dapat membentuk seseorang anak kecil itu. Di sini jelaslah bahawa didikan dan pengawasan seorang bapa itu sangat mempengaruhi seseorang individu dalam proses kehidupan. Jika ditelitikan, bapa ataupun ayah adalah lebih mengambil berat tentang kebajikan anak-kanak berbanding dengan ibu. tetapi sayangnya sebilangan besar bapa pada masa sekarang sedar akan kepentingan ini..
    Akhir kata, kasih sayang seorang bapa dapat membina seseorang individu yang mampu menguasai insaniah diri.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian yang diberikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera saudari, ingin saya mengongsikan pendapat berkaitan dengan hubungan perapatan dengan bapa. Secara umumnya bapa merupakan ketua keluarga. Walaupun begitu, ramai remaja atau kanak-kanak kurang hubungan perapatan dengan bapa. Biasanya, kanak-kanak yang tidak rapat dengan bapa ialah golongan yang berada atau kaya. Mereka terpaksa menggunakan orang tengah ketika hendak berjumpa dengan bapa. Masa di rumah yang terhad juga salah satu punca hilangnya hubungan perapatan dengan bapa. Bapa yang bekerja lebih masa selalunya tiada masa untuk bersama anak-anak. Kesan daripada ketiadaan hubungan perapatan dengan bapa ialah kanak-kanak akan melakukan apa yang mereka suka. Maka timbullah pelbagai gejala yang tidak baik. Kemungkinan mereka juga tidak menjaga adap mereka terhadap orang lain. Mereka juga suka membuang masa untuk melepak dengan rakan yang lain.
      Sekian.

      Delete
  8. Masalah yang mungkin dihadapi atau berlaku kepada anak-anak yang tidak mempunyai hubungan perapat dengan bapa adalah menjadi lebih agresif kerana disebabkan faktor kurangnya bimbingan daripada seorang bapa. Kanak-kanak sering melakukan perkara yang boleh melampiskan perasaanya contohnya dengan melawan arahan ibunya apabila ayahnya tidak berada dirumah. Di samping itu, kemungkinan besar kanak-kanak akan bersikap lebih agresif dengan melemparkan barang-barangnya di dalam rumah kerana inginkan perhatian dan kasih sayang seorang bapa. Hal ini kerana,bapa merupakan ketua ahli keluarga dan mampu menjaga keluarga. Bapa juga mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik dan membimbing anak-anak mereka ke arah yang benar sama ada di dunia mahupun akhirat. Seorang bapa sering dikaitkan dengan sikapnya yang tegas kerana sikap semulajadi bapa adalah membimbing dan menjaga ahli keluarga.Namun peranan ibu juga penting dalam sebuah institusi kekeluargaan. Walaubagaimanapun,anak-anak yang kurang masa untuk bersama dengan seorang bapa akan lebih gemar untuk bersama-sama dengan rakan-rakan dan sering terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ini disebabkan oleh faktor kurangnya perhatian dan bimbingan dari seorang ayah. Oleh sebab itu,kanak-kanak mengambil inisiatif lain untuk menghabiskan masa yang lebih dengan kawan-kawan mereka.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian saudari. Wah begitu menarik sekali penyataan yang telah saudari Raita usulkan. Pada pandangan saya terdapat beberapa masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan ibu bapa. Pertama ialah berasa tidak disayangi. Ini Kerana kanak-kanak akan berasa tersisih dan kurang perhatian daripada ibu bapa. Kedua, kanak-kanak akan terancam kerana kurangnya sokongan ibu bapa. Mereka merasakan diri mereka tiada pelindung yang baik bagi mereka. Ketiga, kanak-kanak cenderung memendam rasa akibat segan dengan ibu bapa. Kanak-kanak akan segan untuk berkongsi cerita dengan ibu bapa kerana merasakan bahawa ibu bapa mereka langsung tak mengendahkan kehadiran mereka dan apa yang sedang mereka lalui. Terakhir wujud rasa takut anak-anak untuk bergaul dengan orang lain. Hal ini disebabkan kurangnya perinteraksian antara keluarga dan secara tidak langsungnya telah mempengaruhi kehidupan harian mereka. Kanak-kanak sangat sensitif terhadap setiap perlakuan serta tindakan ibu bapa mereka. Khususnya tentang perasaan mereka. Keempat-empat elemen ini akan menyebabkan gangguan terhadap sosioemosi kanak-kanak. Sekian.

    ReplyDelete