Sunday, November 8, 2015


Image result for kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di malaysia



FORUM 4

KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DI MALAYSIA.

Assalamualaikum buat semua rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini...Topik yang akan kita bincangkan kali ini adalah berkaitan dengan kesihatan mental kanak-kanak di peringkat prasekolah di Malaysia.

Kanak-kanak merupakan insan yang istimewa yang dimaksudkan sebagai manusia muda serta belum tahu untuk membuat keputusan sendiri. Kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia ketika ini dapat dilihat dan dicorakkan menerusi didikan sejak dari rumah oleh ibu bapa mereka, sebagaimana dari aspek persekitaran mereka iaitu keluarga, jiran dan rakan-rakan yang turut mempengaruhi kesihatan mentalnya.

Oleh itu, kanak-kanak prasekolah atau di peringkat umur ini perlu dibimbing dan dikawal emosinya supaya mereka tidak mudah terterkan  dan stress apabila ditegur perlulah ditegur dengan menggunakan perkataan yang sopan. Kanak-kanak prasekolah akan menghadapi stress mungkin salah satu puncanya dimarahi oleh guru mereka kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan. 
Hal sedemikian adakalanya kanak-kanak tidak suka dimarahi didepan kawan-kawannya menyebabkan dia merasa malu, seterusnya mengalami masalah diperah stress yang tinggi. Perkara ini mungkin dipandang remeh oleh segelintir masyarakat, namun sebaliknya kotak fikiran kanak-kanak ini mungkin terganggu. 


FORUM 3

KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian. Entri kali ini saya akan kongsikan dan bincangkan mengenai kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. Kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya, malah kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan serta lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan kepada seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial manakala 20 peratus adalah adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual. Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang telah dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecerdasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial dimana ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

hubungan perapatan antara anak dengan bapa


Image result for hubungan kerapatan antara anak dengan bapak

FORUM 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera buat semua rakan pembaca blog saya. Saya berharap agar kalian baik-baik sahaja walaupun dimana sekalipun kalian berada. Pada kesempatan kali ini saya akan menjelaskan mengenai kesan dan masalah yang akan dihadapi oleh setiap orang kanak-kanak sekiranya mereka tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa. Dalam hal ini, hubungan anak dan bapa merupakan hubungan yang sangat penting. Hal ini demikian kerana pendidikan kanak-kanak haruslah bermula daripada keluarga sendiri terutamanya ketua keluarga iaitu bapa. Bapa memainkan peranan penting dalam mendidik, memberi kasih sayang, mencukupi kebajikan dan melindungi anak-anak mereka.

Antara masalah yang timbul sekiranya anak tidak rapat dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dengan bapa akan menyebabkan anak tidak dapat mengetahui pendedahan awal dalam pengurusan diri dan menyelesaikan masalah mereka.

Selain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi.

Seterusnya, hubungan yang renggang antara bapa dengan anak juga membuatkan kebajikan anak tidak dijaga dengan baik dan sempurna terutamanya tidak memahami keperluan anak dari segi keperluan harian seperti buku untuk belajar mahupun permainan untuk memenuhi masa lapang mereka atau menjaga makan minum serta kesihatan mereka sangat penting. Tanpa hubungan perapatan ini, kebajiakn kanak-kanak tidak dapat dipenuhi dengan baik.

Di samping itu, keselamatan kanak-kanak juga boleh terjejas sekiranya tiada hubungan perapatan antara anak dengan bapa. Hubungan anak dengan bapa yang tidak baik akan mengurangkan komunikasi antara anak dengan bapa. Hal ini akan menyebabkan bapa tidak peduli tentang keselamatan anak mereka. Oleh itu, bapa haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan anak-anak mereka.

Kesimpulannya, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa akan menimbulkan masalah yang besar kepada keluarga.