FORUM 4
KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DI MALAYSIA.
Assalamualaikum buat semua rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini...Topik yang akan kita bincangkan kali ini adalah berkaitan dengan kesihatan mental kanak-kanak di peringkat prasekolah di Malaysia.
Kanak-kanak merupakan insan yang istimewa yang dimaksudkan sebagai manusia muda serta belum tahu untuk membuat keputusan sendiri. Kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia ketika ini dapat dilihat dan dicorakkan menerusi didikan sejak dari rumah oleh ibu bapa mereka, sebagaimana dari aspek persekitaran mereka iaitu keluarga, jiran dan rakan-rakan yang turut mempengaruhi kesihatan mentalnya.
Oleh itu, kanak-kanak prasekolah atau di peringkat umur ini perlu dibimbing dan dikawal emosinya supaya mereka tidak mudah terterkan dan stress apabila ditegur perlulah ditegur dengan menggunakan perkataan yang sopan. Kanak-kanak prasekolah akan menghadapi stress mungkin salah satu puncanya dimarahi oleh guru mereka kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Hal sedemikian adakalanya kanak-kanak tidak suka dimarahi didepan kawan-kawannya menyebabkan dia merasa malu, seterusnya mengalami masalah diperah stress yang tinggi. Perkara ini mungkin dipandang remeh oleh segelintir masyarakat, namun sebaliknya kotak fikiran kanak-kanak ini mungkin terganggu.