Wednesday, October 21, 2015
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,sejujurnya ini adalah merupakan kali pertama saya menulis blog.Saya menulis blog ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan pendapat bersama rakan-rakan melalui blogger.Nama saya Halimatul Azlin binti Mohd Bekri.Saya berasal dari bumi Kelantan.Saya merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik.Saya merupakan seorang pelajar lepasan stpm.
Wednesday, October 7, 2015
FORUM 1
PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan pembaca blog semua. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk mengajak semua yang ada untuk berforum bagi membincangkan tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.
Menurut pandangan Ahmad Susanto, iaitu salah seorang ahli psikologi bahagian perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak, beliau berpendapat bahawa seseorang individu dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat, norma-norma kelompok, moral dan tradisi adalah melalui proses belajar. Hal ini perlu diterapkan dari awal dalam diri seseorang kanak-kanak supaya tidak mudah terjerumus ke arah keburukan apabila mencapai tahap umur yang mencecah remaja kelak. Sekiranya proses ini tidak diterapkan dari awal, berkemungkinan besar kanak-kanak akan mudah untuk bertindak secara tidak relevan dan bersikap kurang adab dalam proses berkomunikasi dengan masyarakat di sekeliling mereka.
Sampai di sini saja nukilan dari saya, sekiranya anda ingin mengajukan soalan atau menambah sebarang maklumat,dipersilakan. Penglibatan anda amatlah dialu-alukan.
Sekian, terima kasih.

Thursday, October 1, 2015
Asslamualaikum dan Salam Sejahtera,sejujurnya ini adalah merupakan kali pertama saya menulis blog.Saya menukis blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan berkongsi pendapat bersama rakan-rakan melalui blogger.Nama saya Halimatul Azlin binti Mohd Bekri.Saya berasal dari bumi Kelantan.Saya juga merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik.Saya merupakan bekas pelajar stpm pada tahun 2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)