FORUM 4
KEADAAN KESIHATAN MENTAL KANAK-KANAK PRASEKOLAH DI MALAYSIA.
Assalamualaikum buat semua rakan seperjuangan sekalian. Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi ini...Topik yang akan kita bincangkan kali ini adalah berkaitan dengan kesihatan mental kanak-kanak di peringkat prasekolah di Malaysia.
Kanak-kanak merupakan insan yang istimewa yang dimaksudkan sebagai manusia muda serta belum tahu untuk membuat keputusan sendiri. Kesihatan mental kanak-kanak di Malaysia ketika ini dapat dilihat dan dicorakkan menerusi didikan sejak dari rumah oleh ibu bapa mereka, sebagaimana dari aspek persekitaran mereka iaitu keluarga, jiran dan rakan-rakan yang turut mempengaruhi kesihatan mentalnya.
Oleh itu, kanak-kanak prasekolah atau di peringkat umur ini perlu dibimbing dan dikawal emosinya supaya mereka tidak mudah terterkan dan stress apabila ditegur perlulah ditegur dengan menggunakan perkataan yang sopan. Kanak-kanak prasekolah akan menghadapi stress mungkin salah satu puncanya dimarahi oleh guru mereka kerana tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
Hal sedemikian adakalanya kanak-kanak tidak suka dimarahi didepan kawan-kawannya menyebabkan dia merasa malu, seterusnya mengalami masalah diperah stress yang tinggi. Perkara ini mungkin dipandang remeh oleh segelintir masyarakat, namun sebaliknya kotak fikiran kanak-kanak ini mungkin terganggu.
Assalamualaikum kepada saudari Azrin. Disini saya ingi memberi pendapat saya mengenai forum anda. Apa yang telah kita ketahui bahawa stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan’ ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya. Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.” Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini. (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success). Terima kasih.
ReplyDeleteWaalaikumussalam saudari Suriya. Saya ingin menambah serba sedikit tentang pandangan saya iaitu, kanak-kanak itu sendiri merupakan insan yang tulus dan suci. Kita sebagai orang dewasalah yang mencorakkan mereka untuk berjaya dalam kehidupan. masalah stress dalam kalangan kanak-kanak amatlah perlu dipandang serius oleh kita sebagai orang dewasa. Persekitaran mereka sendiri memainkan peranan penting dalam usaha mengelakkan mereka mengalami keadaan stress. Saya berpendapat, keadaan persekitaran di rumah juga mampu menyumbang kepada gejala stress kepada kanak-kanak. Hal ini dapat dibuktikan melalui keadaan rumah yang ibu bapa sibuk dengan kerjaya masing-masing. Kanak-kanak adalah insan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya bagi membentuk peribadi mereka menuju kearah kedewasaan. Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya tanpa mempedulikan anak-anak akan membuatkan kanak-kanak berfikir bahawa ibu bapa mereka tidak lagi sayang kepada mereka. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak terus stress dengan berfikir tentang situasi yang mereka alami dan akan mula memberontak bagi menunjukkan rasa protes mereka kepada ibu bapa. Oleh itu, persekitaran rumah juga mampu menyumbang kearah gejala stress terhadap kanak-kanak. Saya berharap, pendapat saya terhadap isu ini akan memberi ruang pandangan dan penambahan dari pihak saudara dan rakan pembaca sekalian. Terima kasih.
ReplyDeletesaya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan.
ReplyDeleteTerima kasih saudari atas perkongsian yang bermakna.
ReplyDeleteassalamualaikum..setelah saya meneliti kajian mengenai kesihatan mental kanak-kanak prasekolah ataupun sekolah rendah di Malaysia, saya dapat mengenalpasti bahawa minoriti kanak-kanak di Malaysia mengalami tekanan ataupun stress. Hal ini juga berlaku berpunca daripada masalah keluarga dari rumah di mana ada sedikit unsur negatif yang menyerap kognitif kanak-kanak tersebut malah berpanjangan sehinggakan dapat mengganggu proses pembelajaran mereka di sekolah. Sebagai contoh, pertelingkahan ibu bapa di rumah dan menunjukkan tingkah laku yang agak kasar dihadapan kanak-kanak. Hal ini sebenarnya dapat mengganggu seluruh emosi kanak-kanak tersebut dan menyebabkan stress. Di sini kita dapat menilai kesihatan mental kanak-kanak adalah bergantung pada institusi keluarga tersebut. Adakah saudari bersetuju dengan pandangan yang saya kongsikan?
ReplyDeleteIngin merasa memakan ubi,
ReplyDeletebanyak rasa enaknya ubi,
salam kata ku terima,
untuk penyambung kata bicara.
Saya merasa zaman persekolahan dahulu kembali apabila perbincangan dimulakan dengan pantun. Sungguh menarik ya.
Pandangan saya berkaitan dengan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan murid sekolah rendah di Malaysia ialah secara umum adalah ditahap yang sederhana. Berdasarkan beberapa isu yang mengatakan bahawa kanak-kanak juga menghadapi stress yang tinggi dipengaruhi oleh faktor persekitaran keluarga dan sekolah. Saya berpendapat demikian kerana kanak-kanak zaman sekarang sedang dibanjiri dengan keadaan teknologi yang moden, ibubapa mereka akan membuat jadual pembelajaran untuk mendapat keputusan yang terbaik. Tetapi disebalik pendekatan ini banyak perkara yang akan berlaku dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah kerana terpaksa menghabiskan lebih masa untuk belajar, sedangkan kanak-kanak perlukan rehat dan bermain yang seimbang. Kepadatan jadual ini menganggu emosi seterusnya mengundang stress.Namun begitu, kadar stress kanak-kanak tidak sama dengan stress orang dewasa. Kanak-kanak yang stress selalunya, akan menangis bila-bila masa sahaja, mereka menganggu rakan yang lain, tidak membuat kerja sekolah dan banyak lagi. Kanak-kanak sekolah rendah mengalami stress akibat kepadatan jadual. Manakala,kanak-kanak prasekolah menghadapi stress apabila mereka ditinggalkan oleh ibu atau bapa di rumah mahupun di sekolah.
Pada pandangan saya, kanak-kanak sekolah rendah adalah golongan kanak-kanak yang menghadapi masalah stress ketika proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana mereka terpaksa mengikut kemahuan ibubapa.
Oleh itu, seimbangkanlah masa belajar dan bermain anak-anak anda kelak
Salam sejahtera.Pada pandangan saya, keadaan kesihatan mental kanak-kanak Pra-Sekolah dan sekolah rendah di Malaysia kemungkinan besar mereka berhadapan dengan stress. Hal ini kerana ibubapa pada masa kini, kurang masa untuk bersama-sama dengan anak-anak mereka. Kebanyakan ibubapa pada masa kini merupakan ibubapa yang bekerjaya dan mereka kurang memberikan perhatian kepada anak-anak mereka. Mereka lebih menumpukan untuk menyediakan keperluan -keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan yang sihat ,tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanal-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan mereka .Tetapi mereka kurang sedar bahawa perhatian, masa dan kasih sayang adalah penting dalam membesarkan anak-anak juga. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan bagi menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna ,menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru. Dalam pergaulan sehari-harian mereka juga lebih terarah ke arah yang lebih positif.
ReplyDeleteterima kasih diatas perkongsian anda terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah. berdasarkan kajian kementerian kesihatan malaysia, kanak-kanak sememangnya menhadapi tekanan walaupun mereka masing diperingkat prasekolah. sebagai contoh, Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah). mengikut kementerian juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan mempunyai dua jenis tekanan diantaranya ialah yang positif dan tekanan negatif. walaupun begitu tekanan yang positif adalah perkara yang dapat meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak apabila mereka dihantar kesekolah untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. akan tetapi kesan negatif apabila kanak-kanak dikenakan tekanan ialah Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. selain itu, Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut. baiklah itu sahaja pendapat daripada saya. sekian
ReplyDeleteterima kasih diatas perkongsian anda terhadap tahap kesihatan mental kanak-kanak pra sekolah. berdasarkan kajian kementerian kesihatan malaysia, kanak-kanak sememangnya menhadapi tekanan walaupun mereka masing diperingkat prasekolah. sebagai contoh, Kanak-kanak dan remaja yang tidak beruapaya memenuhi harapan tinggi orang di sekelilingnya (ibu bapa, guru) akan mewujudkan masalah emosi seperti (murung, sedih, resah dangelisah) serta masalah tingkah laku seperti (ponteng sekolah, mencuri, dan terlibat dalam jenayah). mengikut kementerian juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan mempunyai dua jenis tekanan diantaranya ialah yang positif dan tekanan negatif. walaupun begitu tekanan yang positif adalah perkara yang dapat meningkatkan tahap kecerdasan kanak-kanak apabila mereka dihantar kesekolah untuk belajar dan mendapatkan keputusan yang cemerlang. akan tetapi kesan negatif apabila kanak-kanak dikenakan tekanan ialah Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif. selain itu, Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut. baiklah itu sahaja pendapat daripada saya. sekian
ReplyDeletePada pandangan saya, kanak-kanak yang berada di prasekolah dan sekolah rendah sering menghadapi stress yang tinggi akibat daripada pelbagai masalah yang berlaku di sekolah mereka sepanjang mereka belajar. antara masalah yang mengakibatkan kanak-kanak itu mengalami stress yang tinggi ialah sistem pembelajaran yang ditunjukan oleh guru mereka itu sendiri. sesetengah kanak-kanak akan mengalami stress yang tinggi akibat daripada cara pembelajaran dan pengajaran yang guru mereka ajari. kanak-kanak mudah bosan dengan gaya yang diajar oleh guru mereka. sifat kanak-kanak yang semulajadi yang sukakan aktivit bermain dalam kehidupan seharian mereka. dalam pada itu guru mereka haruslah memahami perasaan anak muridnya yang sukakan bermain. dalam proses pembelajaran dan pengajaran guru boleh juga menerapkan aktiviti bermain dalam diri kanak-kanak. melalui kaedah bermain kanak-kanak boleh menghilangkan stress dan dapat berinteraksi antara satu sama lain. selain itu juga kanak-kanak juga boleh menunjukkan bakat mereka itu sendiri yang terpendam. melalui bermain juga kanak-kanak boleh hak untuk bersuara. melalui kaedah bermain juga guru itu sendiri boleh menggunakan bahan bantu mengajar untuk menunjukkan cara yang lebih berkesan kepada anak muridnya. melalui bahan bantu mengajar ini kanak-kanak boleh sentuh dan akhir proses mengajar ini kanak-kanak boleh menggunakan bahan itu untuk dijadikan mainaan. melalui kaedah bermain ini kanak-kanak boleh menghilangkan stress.
ReplyDelete