FORUM 3
KECERDASAN EMOSI DAN SOSIAL ADALAH LEBIH PENTING DARIPADA KECERDASAN INTELEK DALAM DUNIA PEKERJAAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian. Entri kali ini saya akan kongsikan dan bincangkan mengenai kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam personaliti seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. Kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya, malah kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan serta lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan kepada seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial manakala 20 peratus adalah adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual. Kenyataan ini dibuat berdasarkan kajian yang telah dijalankan olehnya ke atas beribu-ribu orang ahli profesional yang berjaya dalam bidang masing-masing serta penyelidikan yang dilakukan terhadap 500 buah organisasi di seluruh dunia. Sebenarnya kecerdasan intelek hanya dimiliki oleh sesetengah manusia sahaja dan hanya dapat diwarisi secara genetik atau biologikal berbanding kecerdasan emosi yang saling berkait rapat dengan kecerdasan sosial dimana ia dimiliki oleh setiap manusia tidak kira dari latar belakang mana sekalipun seseorang itu datang. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.
Assalamualaikum kepada saudari Azlin. Disini saya ingin berkongsi pendapat saya mengenai forum anda. Faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang di tempat kerja? Kajian psikologi menunjukkan kecerdasan emosi dan sosial lebih penting dan menjadi peramal yang lebih baik terhadap kejayaan kerjaya seseorang berbanding intelek.
ReplyDeletePenemuan ini tidak bermakna intelek tidak penting tetapi ia menunjukkan selain kecerdasan intelek, kecerdasan emosi lebih merupakan pelengkap kepada keberkesanan indvidu di tempat kerja. Kecerdasan emosi dan sosial merupakan satu konsep yang kian berkembang bukan setakat dalam bidang psikologi dan pendidikan tetapi juga dalam pengurusan organisasi. Penemuan terkini menunjukkan emosi dan sosial mempunyai kaitan dengan kejayaan dan pencapaian seseorang dalam kerjayanya. Konsep ini menjadi popular setelah Goleman (1995) mengutarakan konsep tersebut dalam sebuah buku yang begitu laris jualannya di New York iaitu Emotional Intelligence. Menurut Goleman, terdapat suatu jenis kecerdasan lain yang penting selain daripada darjah kecerdasan intelek atau intelektual quotients ialah kecerdasan emosi dan sosial. Ahli-ahli psikologi banyak membincangkan perkembangan emosi dan pembentukan personaliti dan tingkahlaku kanak-kanak. Itu sahaja dari saya. Terima kasaih.
Waalaikumussalam saudari Suriya,Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.Kejayaan seseorang dalam kehidupan bukanlah semata-mata disebabkan oleh kecerdasan inteleknya, malah kecerdasan emosi dan sosial juga boleh membawa kejayaan serta lebih banyak lagi memberi sumbangan kejayaan kepada seseorang individu berbanding kecerdasan intelek. Hal ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Goleman pada tahun 1998 yang menyatakan bahawa 80 peratus kejayaan bergantung kepada kecerdasan emosi dan sosial manakala 20 peratus adalah adalah bergantung kepada kecerdasan intelektual.
ReplyDeleteStankov, dan Roberts, 1998) mengungkapkan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk memantau dan mengendalikan perasaan sendiri dan orang lain, dan menggunakan perasaan-perasaan itu untuk memadu pikiran dan tindakan.
ReplyDeleteBerbeda dengan pendapat sebelumnya, Patton (1998) mengemukakan kecerdasan emosi sebagai kemampuan untuk mengetahui emosi secara efektif guna mencapai tujuan, dan membangun hubungan yang produktif dan dapat meraih keberhasilan. Sementara itu Bar-On (2000) menyebutkan bahwa kecerdasan emosi adalah suatu rangkaian emosi, pengetahuan emosi dan kemampuan-kemampuan yang mempengaruhi kemampuan keseluruhan individu untuk mengatasi masalah tuntutan lingkungan secara efektif.
Dari beberapa pengertian tersebut ada kecenderungan arti bahwa kecerdasan emosional adalah kemampuan mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain, kemampuan memotivasi diri sendiri, kemampuan mengolah emosi dengan baik pada diri sendiri dan orang lain.
Read more: KECERDASAN EMOSIONAL (EQ) >> Pengertian Kecerdasan Emosional (EQ)
salam sejahtera, bertemu lagi.
ReplyDeleteSaya tertarik dengan pernyataan ringkas anda.
Izinkan saya mengongsikan sekali lagi pendapat saya.
Emosi, ya sememangnya sangat sukar diduga kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun.
Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.
Sekian
Terima kasih atas perkongsian yang diberikan.
ReplyDeleteSeperti mana yang saudara telah kongsikan pengalaman, ya, memang kecerdasan emosi, sosial dan intelek perlu ada dalam dunia pekerjaan untuk menghasilkan kualiti kerja yang baik.
assalamualaikum.. hye azlin :*
ReplyDeletebaiklah, saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan.
Ini sekadar pandangan saya mengenai emosi majoriti kanak-kanak di sekeliling saya. teima kasih..xoxo D
salam sejahtera, bertemu lagi.
ReplyDeleteIzinkan saya mengongsikan sekali lagi pendapat saya.
Emosi, ya sememangnya sangat sukar diduga kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun.
Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.
Sekian
Salam sejahtera saudari , pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.
ReplyDeleteKecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia perkerjaan.Secara dasar nya di dalam penghidupan sebagai manusia,Kecerdasan emosi dan sosial lebih di dahulu kan dari kecerdasan intelek.Kehidupan alam pekerjaan bermula dari Kecerdasan emosi dan dan social dan hendak la di pupuk dari kecil lagi dan bergantung bagaimana penghidupan seharian sesebuah famili itu Untuk memulakan penghidupan seharian kecerdasan emosi akan mempengaruhi kecerdasan social.Jika bermula dengan emosi yang kurang baik maka hubungan social juga akan kurang baik dan suram di antara family sendiri , komuniti dan rakan sekerja. Ini akan mempengaruhi kecerdasan intelek di dalam bidang pekerjaan.Ini akan menyebabkan mutu kerja dan output hasil kerja yang kurang bermutu.Secara tidak langsung prestasi diri dan kerja akan terjejas dengan sendiri nya. Perhubungan kekeluargaan dan kekitaan di dalam penghidupan seharian boleh mempengaruhi dan merangsang kan lagi kecerdasan emosi supaya minda dan fizikal supaya sentiasa di dalam keadaan FIT.Kecerdasan intelek amat di perlu kan di dalam semua jenis pekerjaan mahu pun di rumah atau pun di tempat kerja.Dengan kecerdasan intelek mutu kerja akan bertambah baik dan ini kan meninggkatkan lagi Prestasi diri dan institusi itu sendiri.Suasana Tempat kerja yang conduksif juga akan menyebabkan kecerdasan emosi dan social akan sentiasa dalam keadaan baik dan kecerdasan intelek dapat di perguna kan dengan sebaik baik nya.
ReplyDeletesaya bersetuju bahawa kecerdasaan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdsaan intelek dalam dunia pekerjaan. Saya berasa kurang setuju dengan pernyataan ini. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kecerdasan intelek amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang itu terutama ketika individu itu sudah bekerja. Dalam masyarakat hari ini, ramai yang memandang kecerdasan intelek sebagai faktor yang utama dalam menentukan tingginya darjat seseorang itu dan akan dipandang tinggi oleh kawan-kawan mereka kerana memiliki otak yang lebih cerdik. Memiliki otak yang bergeliga bukanlah mudah kerana ia memerlukan individu itu untuk berusaha keras menimba ilmu dan kesannya beliau berupaya untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam dunia pekerjaan seperti doktor dan peguam. Selain itu, orang yang mempunyai otak yang cerdas juga dapat membantu mereka untuk mudah mendapat kepercayaan orang di sekitar mereka. Tambahan pula, orang yang cerdik juga lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbanding daripada mereka yang hanya memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Oleh itu, saya dengan yakinnya berpendapat bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan mutakhir ini berbanding daripada mereka yang memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. dengan intelek yang tinggi kita dapat mengetahui tentang maklumat-maklumat terkini supaya kita tidak ketinggalan. tetapi emosi dan sosial juga penting kerana dua aspek ini memainkan peranan dan berkombinasi dengan intelek.
ReplyDelete