Wednesday, October 7, 2015

FORUM 1

PERANAN RAKAN SEBAYA DALAM PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera saya ucapkan kepada rakan-rakan pembaca blog semua. Tujuan saya menulis blog ini adalah untuk mengajak semua yang ada untuk berforum bagi membincangkan tentang peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

Menurut pandangan Ahmad Susanto, iaitu salah seorang ahli psikologi bahagian perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak, beliau berpendapat bahawa seseorang individu dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat, norma-norma kelompok, moral dan tradisi adalah melalui proses belajar. Hal ini perlu diterapkan dari awal dalam diri seseorang kanak-kanak supaya tidak mudah terjerumus ke arah keburukan apabila mencapai tahap umur yang mencecah remaja kelak. Sekiranya proses ini tidak diterapkan dari awal, berkemungkinan besar kanak-kanak akan mudah untuk bertindak secara tidak relevan dan bersikap kurang adab dalam proses berkomunikasi dengan masyarakat di sekeliling mereka.

Sampai di sini saja nukilan dari saya, sekiranya anda ingin mengajukan soalan atau menambah sebarang maklumat,dipersilakan. Penglibatan anda amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

11 comments:

  1. Assalamualaikum kepada saudari Azlin. Disini saya ingin kongsi pe ndapat saya uyntuk forum anda. Terdapat beberapa sebab pentingnya rakan sebaya di kalangan kanak-kanak selain daripada mempraktiskan kemahiran sosial. Antaranya ialah sumber peneguhan dan galakan daripada rakan sebaya, dan membantu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-kanak. Kanak-kanak memerlukan sokongan dan
    peneguhan dalam kehidupan. Kadangkala peneguhan dan sokongan ini tidak diberi oleh ibu bapa atau penjaga. Oleh yang demikian, keperluan terhadap sokongan ini dapat diperolehi melalui rakan sebaya. Selain itu, sahabat dianggap insan yang berupaya untuk mempengaruhi kita. Jika kanak-kanak berkawan dengan rakan yang bijak. Tidak seperti orang dewasa, kanak-kanak menganggap sahabat sebagai rakan sepermainan. Melalui persahabatan, kanak-kanak berpeluang untuk mengembangkan dan mempraktiskan kemahiran sosial mereka. Selain itu, mereka juga dapat mempelajari bagaimana untuk berinteraksi, bekerjasama dengan kanak-kanak lain, menyelesaikan masalah dan juga membantu antara satu sama lain. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Baiklah,saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan pengaruh rakan sebaya yang telah memberi pengaruh yang kuat dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa , kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Hal ini boleh membawa samada kepada kesan negatif mahupun positif.Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut. Bandura juga berpendapat bahawa ibu bapa bukanlah role model untuk kanak-kanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang lain juga turut ditiru oleh kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya menjadi lebih utama di peringkat remaja.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Seterusnya pula ialah yang terpenting dan tersulit adalah penyesuaian diri dengan meningkatkan pengaruh teman sebaya, perubahan dalam perilaku sosial, pengelompokkan sosial yang baru, nilai-nilai baru dalam dukungan dan penolakan sosial dan nilai-nilai baru dalam seleksi pemimpin. (Hurlock, 1999). Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mengenai corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipatuhi. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat’geng’ iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran yang berlaku diantara rakan sebaya juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya, Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima pendedahan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya mengenai forum anda. Rakan sebaya merupakan kumpulan yang sama dari segi umur,pendidikan atau kelas sosial dan minat Kita sedia maklum bahawa kanak-kanak biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya mereka. Untuk kanak-kanak , rakan sebaya terdiri daripada sekumpulan besar rakan-rakan mereka yang sama umur, kelas, jiran atau rakan sekerja. Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan pelajar. Kanak-kanak lazimnya menggunakan rakan sebaya sebagai panduan apabila menilai dirinya sendiri dari segi tingkah laku, personaliti, kemahiran serta kebolehan. Peranan rakan sebaya adalah lanjutan kepada proses sosialisasi dalam keluarga. Kumpulan rakan sebaya dapat berfungsi sebagai penggantian jika perhubungan dengan ibu bapa tidak baik atau tegang. Pada kebiasaannya, pada zaman kanak-kanak dan remaja, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar terhadap pelajar. Segala gerak-geri dan tingkah laku akan ditiru atau diikuti oleh rakan sebayanya. Menurut Quek Miow Leng (2006), rakan sebaya turut berperanan dalam mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.Selain itu juga rakan sebaya dikenal pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses pembentukan akhlak di kalangan pelajar sekolah. Hal ini kerana di sekolah, mereka mula membuat perhubungan dengan rakan di luar persekitaran keluarga. Di sini, kita akan nampak dengan jelas bahawa kanak-kanak sedang melalui transisi daripada interaksi sosial di dalam keluarga kepada peranan dan kedudukan sebagai orang dewasa. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Terima kasih saudari atas perkongsian yang bermakna.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum..pada pendapat saya, rakan sebaya mampu mengubah seseorang itu secara holistik. Mengapa saya berkata demikian? Hal ini kerana sepanjang proses perkembangan serta pertumbuhan anak-anak adalah masanya lebih terluang bersama-sama rakan-rakan berbanding keluarga. apabila seseorang itu bersama rakan-rakan, hampir separuh peratus interpersonal dan intrapersonal hampir sama. Hal ini disebabkan mereka lebih cenderung dalam menentukan minat yang sama dari segi hobi, makanan, style dan lain-laia. sebagai contoh, jika dperhatikan anak-anak lebih memilih untuk bersama rakan-rakannya dalam menentukan sesuatu seperti membeli belah. Bagi mereka, hanya rakan yang dapat memahami 'taste' mereka..
    saya berharap sedikit sebanyak perkongsian ini dapat membantu saudari dalam meningkatkan ilmu semasa

    ReplyDelete
  6. Waalaikumussalam sahabat.Baiklah,saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan pengaruh rakan sebaya yang telah memberi pengaruh yang kuat dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak.Pengaruh keluarga semakin merosot apabila kanak-kanak meningkat remaja. Apabila mereka menjadi semakin dewasa , kumpulan sebaya menjadi pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan budi pekerti mereka. Oleh kerana keperluan untuk diterima oleh kumpulan sebaya amat penting kepadanya, seseorang remaja akan menepati norma dan nilai yang ditonjolkan oleh kumpulan tertentu. Hal ini boleh membawa samada kepada kesan negatif mahupun positif.Cara berpakaian, fesyen rambut dan sifat seseorang boleh dipengaruhi oleh kegemaran dan khayalan kumpulan tersebut. Bandura juga berpendapat bahawa ibu bapa bukanlah role model untuk kanak-kanak. Perlakuan orang dewasa yang lain, rakan sebaya dan punca-punca simbolik yang lain juga turut ditiru oleh kanak-kanak. Pengaruh kumpulan sebaya menjadi lebih utama di peringkat remaja.Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Seterusnya pula ialah yang terpenting dan tersulit adalah penyesuaian diri dengan meningkatkan pengaruh teman sebaya, perubahan dalam perilaku sosial, pengelompokkan sosial yang baru, nilai-nilai baru dalam dukungan dan penolakan sosial dan nilai-nilai baru dalam seleksi pemimpin. (Hurlock, 1999). Kumpulan remaja merupakan satu punca nilai-nilai dan akan memainkan peranan yang utama dalam menentukan kedudukan nilai yang diterima dan diamalkan oleh seseorang individu terutamanya mengenai corak dan tingkahlaku yang mereka anggap perlu dipatuhi. Walaupun pengaruh kumpulan sebaya amat mempengaruhi di peringkat’geng’ iaitu semasa kanak-kanak berumur antara tujuh tahun. Piaget mengatakan bahawa bukan sahaja pembelajaran yang berlaku diantara rakan sebaya juga merupakan prasyarat bagi perkembangan autonomi. Sebaliknya, Kohlberg menyatakan bahawa perkembangan moral di kalangan kanak-kanak yang dipencil atau diasingkan adalah tidak berbeza daripada kanak-kanak yang banyak menerima pendedahan.
    Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. berdasarkan pernyataan diatas, saya amat bersetuju bahawa rakan sebaya boleh mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. jika diingat pada masa kita kecil, kita lebih cenderung menghabiskan masa dengan rakan sebaya atau dalam lingkungan yang sama dengan melakukan aktviti bersama-sama berbanding dengan ibu bapa. sehinggakan ada yang sangup dari pagi hingga petang tanpa mengira waktu bermain bersama-sama. antara aktiviti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak ialah bermain masak-masak dan meniru aksi dalam lakonan dengan mengambil watak-watak tertentu dan selalunya aksi berlawan dalam komik. semasa melakukan aktiviti inilah sosio emosi kanak-kanak itu akan berkembang. kanak-kanak lazimnya menjadikan rakan sebaya sebagai panduan mereka. sebagai contoh, kebanyakkan kanak-kanak lebih suka bercerita dengan rakan sebaya berkaitan dengan benda yang mereka suka dan tidak suka. bagi kanak-kanak yang suka marah, mengejek dan merajuk, kanak-kanak akan cenderung mengikut sikap dan perlakuan rakannya. oleh itu, ibu bapa perlu memantau dengan siapakah anak mereka berteman. bagi rakan-rakan yang sentiasa riang, gembira dan optimistik maka kanak-kanak apabila besar akan cenderung ke arah itu. oleh itu, pergaulan kita dengan rakan sebaya amat menentukan sikap dan tingkah laku seorang kanak-kanak itu.

    ReplyDelete
  8. Terima kasih saudari Florita.

    Rakan sebaya adalah salah satu faktor yang terlibat sama dalam perkembangan sosioemosi kanak-kanak terutamanya apabila masuk ke alam pra-remaja. Peringkat remaja ketika ini biasanya cepat terpengaruh dengan berbagai-bagai perkara contohnya, cara berpakaian, pendidikan, kemewahan, hiburan, budaya yang berbeza, dan keruntuhan akhlak jika kurang didikan agama.

    Seperti yang kita tahu, rakan sebaya sepatutnya mempengaruhi rakan dengan cara yang positif. Membangun bersama untuk mencapai matlamat masa depan iaitu saling memberi pendapat dan dorongan antara satu dengan yang lain. Berdasarkan persekitaran masyarakat harmoni iaitu didikan agama,moral dan akhlak yang baik, secara tidak langsung dapat memberi kesan yang baik terhadap perkembangan sosioemosi kanak-kanak.

    Rakan sebaya juga berperanan dalam membina keyakinan yang tinggi dalam diri kanak-kanak seperti lebih bersikap terbuka terhadap rakan-rakan dibanding ibu bapa mereka. Melalui perkongsian antara mereka, kanak-kanak mampu berfikir secara rasional dan mampu belajar untuk berdikari serta memperoleh sokongan emosi dan sosial daripada rakan mereka.

    Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, rakan sebaya bermaksud sahabat yang sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain mempunyai minat yang sama. Seterusnya ialah yang terpenting dan tersulit adalah penyesuaian diri dengan meningkatkan pengaruh teman sebaya, perubahan dalam perilaku sosial, pengelompokkan sosial yang baru, nilai-nilai baru dalam dukungan dan penolakan sosial dan nilai-nilai baru dalam seleksi pemimpin. (Hurlock, 1999).

    ReplyDelete
  9. Pada pendapat saya,rakan sebaya mampu memberi impak yang besar dalam membantu perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Zaman kanak-kanak merupakan satu dimensi dimana kanak-kanak berada dalam proses untuk mengenali dan mengadaptasikan diri dengan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, kanak-kanak dapat mengembangkan otak mereka dengan bermain dan bermain dengan rakan-rakan mempercepatkan proses perkembangan otak kanak-kanak. Ini merupakan proses pembelajaran tidak formal dimana mereka mendapat pengajaran melihat, bermain, dan bertanya. Apabila bersama dengan rakan-rakan, mereka akan lebih aktif, ketika bermain, belajar dan meningkatkan kadar perkembangan sosioemosi. Apabila sosioemosi kanak-kanak berkembang secara sihat dan positif, mereka dapat belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Ini merupakan pendapat yang mampu saya berikan dan semoga ia dapat membantu.

    ReplyDelete

    ReplyDelete
  10. saya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

    ReplyDelete
  11. Terima kasih saudari atas perkongsian yang bermakna

    ReplyDelete